Pages

Wednesday, July 21, 2010

lirik lagu PRS

Nilah lagu yang kami nyanyi.Hayati maksudnya... :)


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
MENAWAR KHIDMAT BAKTI
MENJANA KEGEMILANGAN
WAWASAN NEGARA

KAMI BERDIRI MEGAH
DENGAN TEKAD DAN HARAPAN
MEMBANTU DAN MEMBIMBING
PENUH KASIH MESRA

PRS PEMANGKIN
MASYARAKAT PENYAYANG
BERILMU BERAMAL
BENTUK JATI DIRI

AMANAH DIBERI
JANJI DITEPATI
AMALAN MULIA JADIKAN PANDUAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SIAP SEDIA BERJASA
MEMBANTU DAN MEMBINA
HIDUP YANG BERMAKNA

Falsafah PRS

Sebagai PRS, kami perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu" Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain." Dalam usaha membantu rakan, usaha mendapat pengetahuan , kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan , perlakuan, penggunaan , kreativiti dan keimanan.

Dunia Baru..

Buat PERTAMA kalinya..Pembimbing Rakan Sebaya yang lebih dikenali sebagai PRS telah membuka lembaran baru di IPG Kampus Raja Melewar. Walaupun masih baru bertatih sebagai ahli PRS di institut ini, kami mempunyai semangat yang waja dalam menjalankan tugas masing- masing. Bak kata pepatah "Seribu langkah tidak mungkin dapat diatur jika tidak bermula dengan langkah yang pertama". Oleh itu, dengan niat yang tulus, kami telah menghadiri satu kursus Pembimbing Rakan Sebaya pada 02- 04 Julai yang lalu bertempat di Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), IPG Kampus Raja Melewar. Selepas tamatnya kursus ini, bererti bermulalah dunia baru bagi kami sebagai ahli PRS. Sebagai permulaan seramai 13 peserta telah menghadiri kursus ini daripada keseluruhan ahli PRS di institut ini. Pengerusi PRS yang pertama ialah Ekmal Rosli.Kami berharap dengan teraju kepimpinan beliau akan membawa PRS ke arah matlamat yang diinginkan.



Ahli-ahli PRS yang baru bersama - sama barisan kaunselor IPGKRM
 Di bawah nilah antara aktiviti - aktiviti  yang kami buat sepanjang kursus..13 orang yang berkesempatan untuk 'join' kursus ni antaranya Ekmal, Athirah Junior n Athirah Senior, Fendi, Anisah, Kak Jane, Adilah Zakaria, Katherine, Syud,Shima,saya, dan Soffiah. Diharapkan pengalaman 'best' dan ilmu yang ditimba sepanjang kursus dapat memberi manfaat kepada kami serta rakan -rakan kami juga.Mungkin lepas ni..PRS akan mengadakan lebih banyak aktiviti untuk ahli -ahlinya.



Sesi melukis-lukis..terbaik punya.
Syud & Athirah
En. Mhanoharan dan Athirah kelihatan mesra  menunjukkan demo.
Nak pi mana tu?
'cooling down'
Penat main pun boleh 'pose' lagi
Princess- princess..princess shima,hani.thirah n syud.
Mesyuarat AJK