Pages

Wednesday, July 21, 2010

Dunia Baru..

Buat PERTAMA kalinya..Pembimbing Rakan Sebaya yang lebih dikenali sebagai PRS telah membuka lembaran baru di IPG Kampus Raja Melewar. Walaupun masih baru bertatih sebagai ahli PRS di institut ini, kami mempunyai semangat yang waja dalam menjalankan tugas masing- masing. Bak kata pepatah "Seribu langkah tidak mungkin dapat diatur jika tidak bermula dengan langkah yang pertama". Oleh itu, dengan niat yang tulus, kami telah menghadiri satu kursus Pembimbing Rakan Sebaya pada 02- 04 Julai yang lalu bertempat di Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), IPG Kampus Raja Melewar. Selepas tamatnya kursus ini, bererti bermulalah dunia baru bagi kami sebagai ahli PRS. Sebagai permulaan seramai 13 peserta telah menghadiri kursus ini daripada keseluruhan ahli PRS di institut ini. Pengerusi PRS yang pertama ialah Ekmal Rosli.Kami berharap dengan teraju kepimpinan beliau akan membawa PRS ke arah matlamat yang diinginkan.



Ahli-ahli PRS yang baru bersama - sama barisan kaunselor IPGKRM
 Di bawah nilah antara aktiviti - aktiviti  yang kami buat sepanjang kursus..13 orang yang berkesempatan untuk 'join' kursus ni antaranya Ekmal, Athirah Junior n Athirah Senior, Fendi, Anisah, Kak Jane, Adilah Zakaria, Katherine, Syud,Shima,saya, dan Soffiah. Diharapkan pengalaman 'best' dan ilmu yang ditimba sepanjang kursus dapat memberi manfaat kepada kami serta rakan -rakan kami juga.Mungkin lepas ni..PRS akan mengadakan lebih banyak aktiviti untuk ahli -ahlinya.



Sesi melukis-lukis..terbaik punya.
Syud & Athirah
En. Mhanoharan dan Athirah kelihatan mesra  menunjukkan demo.
Nak pi mana tu?
'cooling down'
Penat main pun boleh 'pose' lagi
Princess- princess..princess shima,hani.thirah n syud.
Mesyuarat AJK

No comments:

Post a Comment